Pages

Tuesday, July 26, 2011

Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30




Pada 26 Julai 2011 telah berlangsung Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 bertempat di padang sekolah. Tetamu kehormat pada kejohanan pada tahun ini ialah YDP Alumni SMSMS, En. Ali Kasimin. Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan. Setelah itu diadakan pertandingan sorak antara rumah.Acara - acara 4x400m, 100m, 400m dan 4x100m utk semua kategori telah dijalankan. Acara - acara lain telah disempurnakan sebelum kejohanan berlangsung. Berikut adalah keputusan pertandingan.

Johan Keseluruhan : BENDAHARA
Johan Kategori Perempuan Junior: SYAHBANDAR
Johan Kategori Perempuan Senior: BENDAHARA
Johan Kategori Lelaki C: TEMENGGUNG
Johan Kategori Lelaki B: TEMENGGUNG
Johan Kategori Lelaki A: BENDAHARA


Johan Perbarisan : 1. LAKSAMANA
2. TEMENGGUNG
3. BENDAHARA
4. SYAHBANDAR


Johan Pasukan sorak: 1. TEMENGGUNG.
2. BENDAHARA
3. SYAHBANDAR
4. LAKSAMANA
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.

Sementara itu pada pukul 7 pagi telah diadakan peperiksaan ICAS Matematik di dewan sekolah. Pada tahun ini seramai 126 pelajar (ting 1 - 5) telah menduduki peperiksaan ini.










Pada minggu ini, seramai 8 orang pelajar tingkatan 5 dari Sek.Men. Sains Tunku Jaafar (STJ) menyertai program immersion P&P selama 5 hari di MOZAC.

No comments: