Pages

Wednesday, May 4, 2011

Selamat Datang

MOZAC mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Negeri Melaka yang akan berlangsung dari 5-8 Mei 2011. Tema Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada tahun ini ialah Innovasi Pendidikan Menjana Transformasi. Karnival pada tahun ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin pada 6 Mei 2011 jam 3 petang. Booth MOZAC memaparkan aktiviti - aktiviti yang dijalankan di Sekolah Berprestasi Tinggi melalui 6 annex SBT dan 3 bidang kebitaraan sekolah. Selain daripada itu, terdapat juga pameran etos sekolah iaitu R&D dan Rekacipta seperti Akhdar Ramp yang memenangi 3 anugerah di Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh SBP Kali 13 iaitu:
1. Anugerah Emas Rekacipta Individu
2. UniMap Creative Innovation Award - MOZAC akan bertanding di Taiwan sebagai
hadiah kemenangan pada bulan November 2011
3. Johan Keseluruhan Rekacipta - semoga MOZAC dapat mewakili Malaysia ke Intell Isef
di USA 2012.
Selamat Datang ke booth 114 MOZAC diucapkan kepada semua pengunjung Karnival Pendidikan Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan kepada pelajar - pelajar MOZAC yang telah berjaya dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan di peringkat negeri sempena Karnival Pendidikan Melaka
1. Pertandingan Kawad Kaki KRS -Tempat ke 3
2. Pertandingan Dikir Barat - Tempat ke 2
3. Pertandingan Pancaragam - Anugerah Emas (Tempat ke 2)


Sementara itu seramai 38 orang delegasi yang terdiri daripada seorang pegawai pendidikan, seorang pengetua, 6 orang guru serta 30 orang pelajar dari SMA Negeri 1 Padang, Indonesia akan berada di MOZAC untuk lawatan penanda aras dari 5 - 8 Mei 2011.Selamat Datang diucapkan kepada semua

No comments: