Pages

Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan Sains & Inovasi SBP 2011



Pasukan rekacipta Mozac telah menyertai Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh SBP Kali 13 pada 1 - 4 April di SM Sains Machang, Kelantan.
Pasukan individu diwakili oleh Muhamad Adib B Mohd. Adam. Guru Pengiring adalah Pn Suriyati Yusoff. Adib juga dibantu oleh Mohd Naim, Amirul Hamizal, Badrul Hisham dan Jananeswary Sevai. Kesemuanya merupakan pelajar tingkatan 4.
Projek rekacipta bertajuk 'AKHDAR RAMP'. Akhdar bermaksud hijau dalam bahasa Arab. Projek ini menghasilkan tenaga elektrik apabila kereta melalui ramp dan elektrik disimpan dalam rechargeable bateri yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu jalan.
Pasukan Mozac telah berjaya memenangi hadiah berikut:
1. Anugerah Emas Rekacipta Individu
2. UniMap Creative Innovation Award - MOZAC akan bertanding di Taiwan sebagai
hadiah kemenangan.
3. Johan Keseluruhan Rekacipta - semoga MOZAC dapat mewakili Malaysia ke Intell Isef
di USA 2012.
Hadiah telah disampaikan oleh Pn Ashah Bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM. Tahniah dan syabas diucapkan kerana dengan kejayaan ini MOZAC telah berjaya menanamkan minat dalam rekacipta dan inovasi dalam kalangan pelajar yang merupakan etos sekolah.

1 comments:

hazim_irsyad said...

wow! even though it seems to be late but congratulation!!!