Pages

Program Immersion e - MOZAC

Program Immersion atau program perkongsian ilmu untuk wakil dari SMK Seksyen 24(2) telah dilaksanakan oleh AJK e-Mozac pada hari Isnin, 28 Mac 2011 di Bilik Gerakan dan Bilik Media. Program bermula dari jam 10 pagi hingga 2.15 petang. Adalah diharap segala maklumat dan penerangan yang diberi telah membantu guru ITC, Puan Rashidah dan juruteknik ICT, Cik Siti Fatimah dari sekolah tersebut bagi menjalankan tugas segi pengurusan dan pelaksanaan ICT di sekolah mereka dengan lebih berkesan dan efisien. AJK e-MOZAC yang terlibat ialah penyelaras e-MOZAC iaitu Pn Amesah,Setiausaha iaitu Pn Aiza Syazleen, guru ITC iaitu En. Sazly dan En. Hafiz, guru yang mengendalikan kursus pemasangan komputer. Aturcara bagi program ini adalah seperti berikut:
1. Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras e-MOZAC
2. Persembahan multimedia
- Video Korporat sekolah
- Video penerangan mengenai e-MOZAC dan pembudayaan ICT melalui aktiviti e-MOZAC
- Contoh video hasil kerja pelajar
3. Sesi soal jawab
4. Penerangan mengenai pengurusan sistem fail e-MOZAC
4. Demonstrasi dan taklimat mengenai pemasangan komputer
- demonstrasi dan penerangan dilakukan oleh 3 orang pelajar yang telah mengikuti kursus sehari di Kolej Komuniti Alor Gajah pada 4 Mac 2011 yang lalu
Mereka ialah Mohd Adib Mohd Fadzil, Khabilavarman a/l P.Nadaraja dan Nur Arif Salleh dari 2 Alpha.
5. Lawatan sekitar kawasan sekolah
6 Jamuan tengahari
Terima kasih kepada mereka yang terbabit dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada wakil guru dari SMK Seksyen(2) Shah Alam kerana memilih MOZAC sebagai destinasi perkongsian pintar.

0 comments: