Pages

Tuesday, March 8, 2011

Lawatan dari Crescent Girls School & Hillgrove Secondary School Singapore


Pada bulan ini MOZAC menerima 2 kunjungan dari 2 buah sekolah dari Singapura. Rombongan Crescent Girls School telah mengunjungi MOZAC pada 3 Mac 2011. Seramai 30 orang pelajar dari Crescent Girl School telah mengadakan aktiviti seperti mencanting batik ,bermain congkak dan bermain bola keranjang.Pada 2 mac kumpulan pelajar ini telah menjalankan Projek komuniti di "Happiness Centre" bersama-sama pelajar kelab UNESCO Mozac.

Selamat Datang diucapkan kepada 160 orang pelajar dan 11 orang guru dari Hillgrove Secondary School yang datang ke MOZAC pada 10 Mac 2011. Para pelajar dari kedua - dua buah sekolah melakukan aktiviti bersama seperti persembahan kebudayaan dan perlawanan Bola Tampar persahabatan.

No comments: