Pages

Pendaftaran Pelajar Ting. 4 baru 2011

Seramai 35 orang telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke ting. 4 di MOZAC pada tahun ini. Pada 7hb Februari 2010 telah diadakan sesi pendaftaran pelajar-pelajar baru ini di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Para pelajar telah mendafter untuk sekolah dan asrama serta membeli barang - barang keperluan di koperasi sekolah.Program Silaturahim Pelajar Baru akan bermula pada sebelah petang dengan sesi taaruf dengan ketua dan ahli dorm masing - masing diikuti dengan majlis ramah mesra bersama PK HEM & Warden.Pada 8 hb Februari pula akan diadakan sesi taklimat matapelajaran, sistem rumah, lembaga disiplin, ko kurikulum dan juga pengurusan SPBT Pada sebelah petang dan malam pula akan diadakan program ramah mesra bersama badan pengawas & BADRI.Para pelajar- pelajar akan terus ditempatkan di kelas masing - masing bagi mengikuti P&P pada hari berikutnya. Diharapkan para pelajar baru dapat segera menyesuaikan diri untuk belajar di SBP. Selamat Maju Jaya di ucapkan.

2 comments:

Nia Zeach said...

too bad i didn't get the offer here, but i'm hoping for it for the 2nd intake.

Zuraini Zahari said...

Sesi pendaftaran dijalankan dengan teratur. Ini jelas menunjukkan sekolah ini memang layak ditempatkan sebagai salah satu sekolah yang terbaik. Ucapan dari pengetua dan guru-guru yang terlibat dapat diterima dengan jelas dan baik. Syabas dan terimakasih saya ucapkan atas segala usaha guru-guru ke arah memajukan lagi anak bangsa dan insyaallah semuga semua usaha ini diberkati oleh Allah.