Pages

Monday, February 28, 2011

MOZAC Tuan Rumah Bolasepak MSSM Kawasan Ayer Keroh

Mulai 1 - 3 Mac 2011, MOZAC sekali lagi menjadi tuan rumah kepada pertandingan Bolasepak MSSM kawasan Ayer Keroh. Walaupun baru sahaja selesai menjadi tuan rumah kepada 14 buah SBP Zon Selatan, tanggungjawab ini digalas dengan penuh semangat dan dedikasi oleh para guru dan pelajar MOZAC. Pertandingan kali ini disetai oleh 12 buah sekolah untuk B18 tahun dan 10 buah sekolah untuk B15 kawasan Ayer Keroh dan diadakan di 5 venue iaitu SMK Padang Temu, SMK Bukit Katil, SMK Seri Kota, SMS Muzaffar Syah,dan SMK Bukit Baru. Berikut adalah keputusan akhir Kejohanan Bola Sepak Kawasan Ayer Keroh 2011.

Keputusan Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun

JUARA : SMK SERI KOTA
NAIB JUARA : SM TEKNIK MELAKA TENGAH
TEMPAT-3 : SM SAINS MUZAFFAR SYAH
TEMPAT-4 : SMK AYER KEROH

Keputusan Pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun

JUARA : SMK BUKIT BARU
NAIB JUARA : SMK AYER MOLEK
TEMPAT-3 : SM SAINS MUZAFFAR SYAH
TEMPAT-4 : SMK PERNU

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah, walaupun mendapat tempat ketiga diharapkan pasukan sekolah akan berusaha lagi untuk masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Sek. Men. Sains Muzaffar Syah dan pengetua-pengetua sekolah yang terlibat yang sudi hadir untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Terima kasih juga diucapkan kepada 50 orang pelajar lelaki tingkatan 2 Alpha dan Beta dan ahli PBSM yang telah menjadi pembantu sewaktu kejohanan ini berlangsung. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa kerja yang telah menjayakan Kejohanan Bola Sepak Kawasan Ayer Keroh pada kali ini.


Minggu ini juga MOZAC menghantar pasukan kriket ke Kejohanan Kriket Zon Selatan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) bermula 2-5 Mac 2011. Selain daripada itu pasukan Bowling MOZAC akan bertanding di Kejohanan Bowling MSSNM.

No comments: