Pages

Wednesday, February 23, 2011

Hoki SBP Zon Selatan B18

Mulai 23- 27 hb Februari 2011, MOZAC sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan Kali ke 6 2011. Pertandingan akan diadakan di 2 venue pertandingan iaitu Stadium Hoki MBMB Bkt Serindit & Padang Hoki UTeM Kampus Induk. Sebanyak 24 buah pasukan dari 14 buah sekolah akan bertanding untuk memilih pasukan yang akan mewakili Zon Selatan ke Peringkat Kebangsaan. Selamat bertanding diucapkan kepada semua pasukan terutamanya pasukan hoki lelaki dan perempuan dari MOZAC. Diharapkan semua pasukan dapat bertanding dengan semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi.

Keputusan Akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan 2011
LELAKI
JUARA : SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR
NAIB JUARA : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
TEMPAT-3 : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH
TEMPAT-4 : SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN

PEREMPUAN
JUARA : SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JUARA : KOLEJ TUNKU KURSIAH
TEMPAT-3 : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU
TEMPAT-4 : SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR


PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN
LELAKI-MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN- RADHWA AQILAH MOKHTAR(TKC)

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
LELAKI- MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB(SAINS JOHOR)
PEREMPUAN-IFFAH ADIBAH BINTI MUSA(STF)

Dalam pada itu, Tahniah diucapkan kepada semua warga MOZAC yang telah menjayakan Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan Kali ke 6 sehingga mendapat pujian dari para kontinjen dan Pengarah BPSBPSK Puan Ashah Samah sebagai antara penganjuran serta tuan rumah terbaik untuk acara hoki.

Layari Blog Kejohanan Hoki yang dibangunkan oleh para pelajar & guru MOZAC - http://hokimozac.blogspot.com/

TAHNIAH SEMUA

No comments: