Pages

Hari Kokurikulum 2010

Pada hari ini telah dilangsungkan hari Kokurikulum 2010 yang dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Hanipah Husin, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Industri PBPI, UTeM. Acara dimulakan dengan demonstrasi seni mempertahankan diri, Taekwando & Silat Sikume. Kemudian telah dijalankan pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform. Terdapat juga gerai pameran dan jualan yang oleh persatuan dan kelab sukan. Tetamu kehormat tekah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar dan beliau kemudian telah memeriksa barisan dan lintas hormat. Acara di dewan menyaksikan persembahan multimedia dan persembahan Wind Orchestra & Nasyid. Kemudian telah disampaikan hadiah hadiah peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa kepada para pelajar.

Senarai penerima Anugerah Hari Kokurikulum 2010

Berikut adalah keputusan pertandingan - pertandingan yang telah dilaksanakan pada Hari Kokurikulum:

1. Perandingan Kawad Kaki - PKBM
2. Pertandingan Pameran - Briged Cyber
3. Pertandingan Jualan - Puteri Islam

Senarai hadiah penerima utama Kokurikulum:
1. Badan Beruniform Terbaik - PKBM
2. Persatuan/Kelab Terbaik - Kelab Robotik
3. Kelab Permainan Terbaik - Pasukan Ragbi

Tokoh Kokurikulum 2010 telah dianugerahkan kepada Thulaja Thessa a/l K Vasudhevan

Tahniah diucapkan kepada semua.

0 comments: