Pages

Thursday, September 23, 2010

Sembahayang Hajat PMR

Berikut adalah surat jemputan Majlis Sembahayang Hajat untuk Calon PMR
Semua Penjaga diharapkan dapat menghadirkan diri.


Ibu bapa / Penjaga ,
Pelajar Tingkatan Tiga 2010,
SM Sains Muzaffar Syah Tarikh : 23 September 2010


Tuan/ puan,

JEMPUTAN SOLAT SUNAT HAJAT PELAJAR PMR 2010

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami merancang untuk mengadakan Solat Sunat Hajat bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

3. .Berikut ialah ketetapan program tersebut :

Tarikh : 30 September 2010 ( Khamis)
Tempat : Dewan Muzaffar Syah & Dataran Muzaffar
Akiviti : 6.30 mlm- Kehadiran ibubapa/ penjaga
7.10 mlm- Solat Maghrib berjemaah
Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat
Tazkirah dan Motivasi
Ucapan Pentadbir
Solat Isya’ Berjemaah

4. Kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/ puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK MALAYSIA”

Saya yang menjalankan tugas,



( BAHARUDDIN BIN BURHAN )
Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah

No comments: