Pages

Program Immersion bersama Sek. Men.(P) St George, Pulau Pinang






Pada minggu ini sekolah dilawati oleh 8 orang pelajar dan 2 orang guru dari Sek. Men. St George, Pulau Pinang. Seramai 5 orang pelajar tingkatan 4 dan 3 orang pelajar tingkatan 2 menjalani program immersion bersama - sama pelajar tingkatan 4 Alpha dan 2 Alpha MOZAC.Pelajar -pelajar ini diberi peluang untuk bergaul dan mengikuti kelas bersama - sama. Selain daripada itu, semua guru dan pelajar Sek. Men(P) St. George juga dibawa melawat sekitar bandar Melaka dan kawasan pelancungan di Ayer Keroh. Antara objektif program ini ialah:
1. meningkatkan program prestasi sekolah
2. memberi peluang untuk guru dan pelajar berkongsi idea dan pengalaman P&P.
3. mempelajari amalan terbaik untuk faedah bersama
Diharap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada kedua - dua buah sekolah.

0 comments: