Pages

Saturday, April 10, 2010

Sukan Tahunan Sekolah

Seawal pukul 7 pagi, semua ahli pasukan rumah sukan telah menyiapkan diri untuk acara Sukan Tahunan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk pasukan pasukan rumah sukan diiringi pasukan pancaragam sekolah. Semua pasukan telah menunjukkan semangat setiakawan dan berpasukan yang baik dengan tema masing - masing. Acara diteruskan dengan pertandingan sorak rumah. Ternyata anak - anak didik MOZAC berbakat kerana mereka telah menunjukkan sorakan dan formasi menarik. Tahniah untuk guru - guru dan para pelajar - dalam kesibukan mentelaah pelajaran dan dalam waktu yang singkat, mampu merealisasikan tanggungjawab yang diberikan. Acara - acara sukan seperti 100m,400m,4x100m dan 4x400m mewarnai acara sukan pada tahun ini. Tahiniah kepada semua kerana menunjukkan semangat Kesukanan yang tinggi.Keputusan Sukan tahunan 2010:

Juara Keseluruhan: Temenggung
Kedua: Syahbandar
Ketiga: Laksamana
Keempat: Bendahara

Juara Perbarisan/Maskot : Bendahara
Juara Sorak Rumah: Temenggung

No comments: