Pages

Monday, April 19, 2010

Program Pengantarabangsaan - Lawatan ke Crescent Girls' School

Pada hari kedua,16 April 2010, ahli rombongan telah melawat Crescent Girls School (CGS). Kami disambut dengan persembahan pasukan angklung. Seterusnya, kami dihiburkan dengan persembahan orkestra dan koir CGS yang sangat menghiburkan.Para pelajar MOZAC juga menunjukkan kehebatan mereka dengan persembahan choralsical dan pemasangan komputer dan LED. Seterusnya, para pelajar dan guru dibawa ke beberapa tempat seperti Faraday Lab untuk menyaksikan P&P dalam 3D, ke makmal komputer dimana para pelajar berpeluang menggunakan tablet PC untuk melukis dan menyaksikan para pelajar CGS melukis karikatur pelajar MOZAC serta iWii Stations. Sesungguhnya lawatan ke Singapura adalah satu perjalanan pembelajaran yang amat menarik kerana semua guru dan pelajar telah dapat mempelajari dan mengalami serba sedikit tentang sistem pembelajaran di Singapura.

No comments: