Pages

Program Bersama MRSM Tun Ghaffar Baba dan SBPIS

Program Jalinan Mantap Matematik Tambahan SMS Muzaffar Syah , SBPI Selandar dan MRSM Tun Ghaffar Baba telah diadakan pada 3 April 2010 di MRSM tun Ghafar Baba. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama 3 sekolah dan bertukar-tukar ilmu Matematik Tambahan dalam kalangan guru dan pelajar.Seramai 15 orang pelajar MOZAC ,15 Pelajar SBPI Selandar dan 30 Pelajar MRSM Tun Ghafar Baba telah mengambil bahagian.Program diisi dengan melihat kegunaan Matematik Tambahan dalam kehidupan seharian yang berkaitan dengan tajuk Statistik, Index Number, Integration, Differentiation,Vektordan Progression. Para pelajar mencari bahan secara berkumpulan dan kemudiannya membuat persembahan kumpulan.Selepas itu diadakan program exploremaths.Majlis Penutup dimulakan dengan ucapan pengetua MRSM Dr Mariam Md Salleh .Keseluruhannya program ini telah berjaya diadakan dengan baik sekali.Tahniah kepada Jabatan Matematik MRSM Tun Ghafar Baba yang diketuai oleh Pn Molizah Alis Bt Abdul Malek atas penganjuran program ini.

1 comments:

farah ain said...

gud luck kat semua student mozac..semuge u all sentiasa mengharumkan nama mozac n menhargai jasa cikgu yang eally commited in their job:)