Pages

Saturday, April 10, 2010

Laporan Aktiviti Pelajar Sepanjang Minggu.

Minggu ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang memaparkan aktiviti - aktiviti pelajar pada hujung minggu.Para pelajar telah memaparkan 2 persembahan Multimedia mengenai 2 aktiviti yang telah dijalankan iaitu:
1. Bengkel asas elektronik di UTeM
2. Penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar
Pada hujung minggu juga para pelajar sibuk menyertai pelbagai aktivit. Antaranya:
1. Program Pemantapan Matematik Tambahan bersama MRSM Tun Ghafar Baba
2. Bengkel Penulisan Biografi 2
3. Kejohanan Liga Hoki Bawah 16 tahun SBP Zon Selatan di SMAP Labu
Beberapa kejayaan juga telah dicapai dalam beberapa pertandingan yang disertai. Antaranya:
1. Mohd Azfar Adam & Hanan Athari akan mewakili Melaka ke Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Scrabble Zon Selatan
2. Olahraga MSSM Kawasan Ayer Keroh, MOZAC berjaya membawa pulang 5 emas, 6 perak dan 7 Gangsa. Mohd Salman Jafri telah terpilih sebagai Peserta Terbaik B15.

No comments: