Pages

Kursus Kepemimpinan Ketua & Penolong Ketua Rumah SBP (KESUMA)

Mulai hari ini MOZAC menjadi tuan rumah kepada 54 buah SBP untuk program KESUMA. Program ini berlangsung dari 27 Mac - 30 Mac 2010. Seramai 464 orang pelajar,5 orang jurulatih utama, 32 orang fasilitator akan berkampung di MOZAC selama 4 hari. Antara objektif program ialah untuk:
1. Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Ketua Rumah di SBP
2. Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada Ketua Rumah di SBP
3. Mewujudkan kejelekitan yang "authentic" dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
Ketua Rumah
4. Melaksanakan tugas dan peranan Ketua Rumah yang dimanahkan dengan penuh
tanggungjawab
5. Melahirkan Ketua Rumah yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai sahsiah diri
yang terpuji

KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG,SEKOLAH TERBILANG

0 comments: