Pages

Monday, January 25, 2010

Senarai 20 Sekolah Yang Di Nobat Sebagai SBT

Petikan Berita dari Utusan Online
SBT angkat kualiti sekolah terbaik ke taraf dunia - TPM
25/01/2010 4:46pm

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 25 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Sekolah tersebut melibatkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.

“Antara lainnya membenarkan pelajar menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan
20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM
25/01/2010 4:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

3 comments:

test said...

Tahniah dan syabas untuk semua warga SMS Muzaffar Syah , Pengetua, pentadbir, guru , murid dan ibubapa juga Alumni yang membawa pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi


Pengetua
dan warga SMK Kg Gelam

Ija n Ecah said...

Terimakasih. Jasa cikgu kami kenang dan moga SMK juga akan melakar kegemilangan

mimie said...

Tahniah buat semua guru dan warga MOZAC..semoga kecemerlangan berterusan..Kami warga ex-mozac tumpang gembira..