Pages

Monday, August 3, 2009

Penutup Bulan Akademik 2009


Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutup Bulan Akademik 2009 di dewan sekolah.Para guru dan pelajar telah disajikan dengan tayangan video Kem Jati Diri Ting 4 dan persembahan multimedia aktiviti - aktiviti bulan Akademik oleh semua bidang. Pelajar - pelajar tingkatan 2 Alpha juga telah mempersembahkan sebuah pentomin menarik mengenai pencemaran alam sekitar.Selain daripada itu, tuan pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang - pemenang pertandingan.Pada hari ini juga telah diumumkan perlantikan Puan Hjh Amesah Awal sebagai GKMP Bahasa yang baru menggantikan Puan Norizah Baba yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Tahniah!Selain daripada itu pihak Editorial Majalah Pembina sedang sibuk merakamkan gambar - gambar untuk dimuatkan ke dalam majalah Pembina pada tahun ini.

No comments: