Pages

Kejayaan dan Pelancaran Kempen Membaca


Pada minggu lepas pelajar -pelajar MOZAC telah melakar beberapa kejayaan dalam beberapa pertandingan. Antaranya ialah:
1.Kuiz Pengguna Peringkat Negeri Melaka - Johan
2.Pertandingan Robotik - Johan kategori Artistik Dikir barat
- Excellence Award Kategori Teatrik
- Tempat Ketiga Kategori Robot Planting (Men. Rendah)
3.Pertandingan Tae kwan do : Melaka Open - pingat emas kumpulan, pingat perak dan
gangsa acara individu.
4.Kejohanan Pencak Silat Sek- sek Melaka - Pingat Emas kategori Jurus wajib Puteri

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar serta guru pembimbing yang telah mengharumkan nama sekolah.

Pada perhimpunan mingguan Pusat Sumber sekolah telah melancarkan Kempen Membaca bagi menanam minat membaca dalam kalangan pelajar MOZAC. Beberapa pertandingan akan diadakan untuk para pelajar.Sementara itu, persatuan UNESCO telah membuat persembahan multimedia berkenaan dengan H1N1. Semua warga MOZAC diberi penerangan tentang virus, cara penyebaran dan juga langkah - langkah pencegahan bagi mengelak penularan penyakit tersebut.

0 comments: