Pages

Wednesday, May 20, 2009

Minggu Peperiksaan

Semua pelajar pada minggu ini sehingga minggu hadapan menduduki peperiksan pertengahan tahun .Sementara itu pasukan hoki sekolah akan bertanding di UTem dalam kejohanan hoki zon selatan SBP anjuran SBPI Selandar pada 22-24 Mei. Semasa cuti sekolah pertengahan tahun sekolah menjadi tuan rumah untuk program pemantapan akademik subjek teras SPM SBP zon Selatan bermula 29Mei hingga 1 Jun dikendalikan oleh fasilitator kalangan guru SBP zon Selatan .Seramai 130 pelajar SPM dan 40 guru terlibat untuk program ini.
Diminggu kedua cuti sekolah Kem Pemantapan Akademik untuk 138 calon SPM sekolah diadakan bermula 10-13 Jun 2009.

Sekolah juga telah berjaya memenangi beberapa anugerah kecemerlangan akademik yang disampaikan sempena hari kecemerlangan SBP Zon Selatan awal bulan ini. Sijil-sijil boleh dilihat dari pautan ini untuk makluman semua .TAHNIAH.

No comments: