Pages

Tuesday, March 17, 2009

Bengkel Biotech


Semasa cuti persekolahan ini seramai 28 orang pelajar berpeluang menjalani latihan amali di makmal institut Bioteknologi Melaka MITC pada 14 hingga 16 Mac .Program ini adalah dibawah kebitaraan e-Teroka dan dipimpin oleh tenaga pengajar dari Biotech Melaka.Turut serta adalah Pn Norhayati, Pn Suriyati, Pn Erney dan cik Rachel .Pelajar berpeluang menjalankan beberapa ujikaji mengenai herba, DNA dan kajian lapangan tumbuh-tumbuhan lain menggunakan kemudahan makmal berteknologi tinggi dan perlu mematuhi disiplin peraturan makmal yang ketat.


Pn Almarjan, Cikgu Husaini, Ustaz Hafiz dan Ustaz Suriandi mengisi masa cuti ini dengan bertungkus lumus menyiapkan mural dalam pertandingan kempen keselamatan jalanraya peringkat kebangsaan di pintu masuk sekolah dengan beberapa orang pelajar. Berapa pelajar juga turut membantu guru untuk persediaan hari kebudayaan Perancis seperti kumpulan tarian dan orchestra.

Selamat menduduki penilaian tahap kecekapan PTK kepada guru dan staf yang dijalankan dari 17-19 Mac.Semoga mereka semua lulus dengan cemerlang pada tahap IV.

1 comment:

blade said...

cikgu...bile lagi nak buat bengkel nh???..nnti saya nak join bole??.