Pages

Monday, March 23, 2009

Balik ke asrama

Sekolah memulakan hari baru selepas bercuti seminggu dengan menerima pendaftaran seorang juruteknik komputer dan dua orang guru pelatih Bahasa Melayu dari UPM .Sementara itu En Isa Bin Jani telah melapor diri sebagai GPK Kokurikulum yang baru bermula pada 16 Mac 2009 .Beliau akan mula bertugas secara rasmi di sekolah pada hari Rabu 25 Mac. Tahniah diucapkan kepada beliau di atas kenaikan pangkat dari KPM itu.
Pada petang hari ini jawatankuasa perasmian dan penutupan mengadakan raptai di dewan sekolah untuk program Hari Bahasa Perancis .Pelajar-pelajar dan guru juga sedang sibuk mengadakan latihan untuk persediaan persembahan pada hujung minggu ini .
Pagi ini sekolah menerima pelajar baru tingkatan 4 ambilan kedua seramai 6 orang dan 2 orang pelajar tingkatan 1 yang melaporkan diri serentak dengan SBP di tempat lain .Tahniah kepada mereka dan semoga mereka cepat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan meneruskan kecemerlangan dalam semua bidang di sekolah baru ini.
Sementara itu Tn Pengetua bersama Pengarah JPNM dan Pengarah bahagian SBP dan Kluster berkunjung hurmat menghadap TYT Gabenor Melaka di istana jam 1100 pagi ini untuk memaklumkan jemputan rasmi sekolah untuk majlis pada hari sabtu ini.

No comments: