Pages

Monday, January 19, 2009

Temuduga Ambilan 2

Pagi ini pemilihan pelajar tingkatan 1 ambilan 2 melalui proses temuduga dijalankan di sekolah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.Semua pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut bilik-bilik khas untuk temuduga individu yang dikendalikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bersama pengetua dan ketua unit Sukan dan ketua unit pengurusan sekolah JPNMelaka , dibantu pentadbir dan unit Hem sekolah. Sesi temuduga terbahagi kepada dua peringkat iaitu secara individu dan berkelompok. Proses temuduga ini juga dilakukan serentak di SBP seluruh negara.Calon yang berjaya akan diumumkan melalui web KPM oleh Bahagian Sekolah kluster dan SBP Putra Jaya pertengahan Februari dan dijangka mendaftar kemasukan pada 23 Feb 2009.

Sekolah juga mengalukan kehadiran 8 pelajar bersama 5 guru dari SM Sains Kuching yang akan menjalankan program "attachment" dari petang hari ini hingga Khamis.Program ini berupa perkongsian bijak antara dua sekolah disamping mempereratkan hubungan antara guru dan pelajar kedua buah sekolah yang sedia terjalin.Pelajar ini akan ditempatkan di asrama dan mengikuti semua aktiviti dan pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar Moz@c.

1 comment:

Anonymous said...

m expecting a creme a la creme form 1 since they were interviewed so they must be better than us who weren't..