Saturday, January 3, 2009
Mesyuarat awal tahun
Hari jumaat bermula jam 9 pagi di bilik gerakan semua guru menghadiri mesyuarat berkenaan perancangan tahun 2009.Agenda mesyuarat adalah bacaan doa, menonton video perutusan Pengarah pelajaran Melaka, ucapan dasar Tuan Pengetua, membincangkan minit mesyuarat guru , penerangan buku pengurusan dan takwim 2009.Guru kemudiannya diberikan taklimat mengikut bidang GKMP masing-masing di bilik berasingan .Jamuan makan tengah hari disediakan oleh penguasaha kantin baru sekolah jam 1230 th.
Antara isi ucapan pengetua adalah tentang peranan sekolah, tanggungjawab dan profesional guru, penekanan kepada disiplin dan peraturan perkhidmatan juga harapan untuk menjadikan sekolah ini terus cemerlang .
Sekolah juga mengalukan kehadiran guru yang bertukar ke moz@c iaitu Pn Wan Hailah Wan Yahya guru bahasa inggeris dari Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment