Pages

Saturday, December 13, 2008

Berita semasa



Semasa cuti akhir tahun ini beberapa projek menaik taraf kemudahan sekolah sedang dilakukan Antara projek yang sedang dilakukan adalah menaik taraf dan membaiki kemudahan tandas pelajar lelaki, tandas pelajar perempuan, tandas guru lelaki dan perempuan begitu juga semua tandas pelajar di asrama lelaki dan perempuan . Bagi melaksanakan kebitaraan sekolah sebuah bangunan untuk tujuan R and D sedang dibina berhampiran kantin sekolah dan sebuah kawasan dinamakan sanggar muzaffar untuk menempatkan aktiviti berkaitan astronomi dan kajian tumbuhan dibina bersebelahan makmal komputer. Semua projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 20 Dis 2008.Diblok akademik kemudahan bilik media juga dinaik taraf dengan pemasangan jubin sepenuhnya .Semua meja belajar dan almari kelas telah di cat baru.Diharapkan semua kemudahan ini akan digunakan dengan semaksimum mungkin dan dihargai pelajar dan guru apabila tahun 2009 menjelang nanti.

2 comments:

Anonymous said...

bez nyer dpt gne toilet br..
ktorng x dpt rse pon toilet br..
sedihnye..
so,korg appreciate la ape yg ade kat mozac tu.

h@cker said...

toilet tahun 90an lg horror..hehe