Pages

Friday, October 31, 2008

Kegiatan Hujung Minggu ini

Pada hujung minggu ini 1 dan 2 Nov 2008 seramai 36 orang guru terdiri daripada penolong kanan, GKMP , ketua panitia dan penyelaras mengadakan lawatan penanda aras bertempat di SM SAINS Tengku Muhammad Faris Petra Kota Bharu , Kelantan . Antara objektif lawatan adalah untuk melakukan perkongsian strategi dan pendekatan terbaik melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah .
Tahniah untuk PN Saripah Ahmad yang dianugerahkan GC DG52 sempena persidangan guru cemerlang di peringkat kebangsaan .
Sekolah juga pagi ini mengadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat untuk meraikan En Abdul Jalil Mayassin dan Datin Zaliha di atas pemergian mereka berdua menunaikan ibadah haji .Majlis disertai oleh semua guru dan pelajar bermula jam 715 pagi di dewan sekolah.
Warga Moz@c juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan sekolah yang menyertai pertandingan F1 in School dan pasukan Rekacipta Muda New Straits times yang bertanding diperingkat kebangsaan di Kuala Lumpur hujung minggu ini . Moz@c Boleh....

No comments: