Pages

Saturday, September 13, 2008

Aktiviti sepanjang minggu ini

Calon SPM sekolah sedang tekun menghadapi ujian percubaan kedua iaitu untuk set soalan Negeri Melaka , sehingga 26 Sept nanti. Harap mereka semua mendapat keputusan yang meyakinkan sebelum exam sebenar oktober nanti.
Bersama pegawai dan guru-guru sekolah majlis berbuka puasa yang diadakan pada hari rabu telah berjalan dengan baik di dewan makan diikuti solat jemaah terawih.
Pada hari jumaat dan sabtu dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui program rumahku syurgaku program ihya ramadhan untuk semua pelajar lelaki T4 dijalankan di surau Abrar.Antara pengisian program adalah ceramah kerohanian, solat terawih, qiamulail,solat taubat dan hajat , LDK dijalankan oleh fasilatator INTEAM Melaka.
Calon PMR sekolah telah diberitahu tentang peperiksaan percubaan kedua mereka dan sedang mengikuti program pecutan akhir bersama panitia subjek masing-masing melalui perbengkelan, aktiviti perbincangan , perkongsian dan pembentangan bahan study group disamping kelas tambahan .

No comments: