Pages

Sunday, August 31, 2008

Ambang Merdeka ke 51

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

Sambutan ambang kemerdekaan negara peringkat sekolah bermula pada jam 9 mlm di dewan makan dengan pembacaan perutusan hari kebangsaan oleh penolong-penolong kanan.Diikuti selepas itu jamuan ubi rebus, keledek rebus ,biskut kering, ikan masin bersama minuman kopi untuk murid dan guru.Kehadiran PPD daerah Melaka Tengah dan pegawainya memeriahkan majlis.
Selepas itu penyampaian hadiah untuk pemenang minggu tamadun islam oleh PPD dan ucapan pengetua juga ucapan PPD. Sementara itu hadirin juga dipersembahkan bahan koleksi sejarah tanah air melalui tayangan video.Bacaan yassin , tahlil dan doa dilakukan di dewan sekolah pada jam 1130 malam.Tepat jam 1200 tengah malam laungan azan ,diikuti menaikkan jalur gemilang, teriakan Merdeka dan nyanyian bersama Negaraku dan Melaka Maju Jaya menutup acara malam ini . MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA....

Pasukan band sekolah dan puteri islam berbaris di padang pahlawan sempena sambutan peringkat negeri Melaka pada pagi 31 ogos 2008.

No comments: