Pages

Friday, July 18, 2008

Jom makan durian dan LDP





Sempena musim buah-buahan di masa ini, pihak sekolah telah mengadakan program menjamu pelajar dan staff sekolah dengan raja buah tersebut di kawasan astaka bermula jam 3 ptg hari ini .Program bertujuan untuk memberi peluang penghuni asrama merasai kemeriahan musim buah ini bersama rakan di sekolah.....foto lain

latihan dalam perkhidmatan siri 4 minggu ini diisi dengan ceramah Tuan Pengetua mengenai maklumat kata tugas dan strategi pengajaran dalam kelas .Ceramah beliau mengenai maklumat kurikulum disokong dengan ceramah kedua mengenai penyediaan Jadual Spesifikasi ujian (JSU) oleh guru cemerlang Pn Rosiapah Abdullah.

Tahniah untuk pasukan kuiz pengguna sekolah yang dibimbing oleh cikgu Ismail kerana menjadi Johan negeri Melaka dan seterusnya layak ke pertandingan peringkat kebangsaan pada 5 ogos nanti di Kuantan pahang .

No comments: