Pages

Saturday, June 28, 2008

LDP siri 3/2008





Guru-guru menghadiri latihan dalam perhidmatan di bilik gerakan sekolah bermula jam 8 pagi. Seramai 50 orang guru hadir untuk mengikuti ceramah latihan yang bertemakan pengurusan pembangunan strategik sekolah .
Ceramah 1 disampaikan oleh En Ismail Muhamad bertajuk perancangan strategik(Mandat,Misi dan Visi) ,diikuti oleh PK1 En Roszelan Majid bertajuk Analisa SWOT, dan Pelan tindakan .Selepas rehat 1030 pagi guru-guru membuat tugasan kumpulan untuk menghasilkan pelan taktikal dan pelan operasi di bawah kelolaan PK/GKMP masing-masing.

Pasukan dikir barat sekolah yang menyertai pertandingan peringkat daerah memenangi tempat kedua. PAsukan ragbi sekolah sedang menyertai kejohanan 10 sebelah di Kuantan Pahang bersama En Sulaiman. Pada hari khamis yang lepas semua pelajar T1 dan T2 menyertai ceramah teknik belajar bersama penceramah jemputan di dewan sekolah dari jam 11 pg sehingga 5 ptg. Semua pelajar T3 dibenarkan bermalam di rumah hujung minggu ini untuk menyiapkan tugasan folio PMR masing-masing yang akan dinilai minggu depan.

No comments: