Pages

Thursday, October 11, 2007

Majlis Tadarus Kubra dan Khatam Al quran

















Pada hari Rabu 10 .10.2007 bermula jam 745 pagi diadakan pemilihan jawatankuasa rumah-rumah sukan untuk kepimpinan tahun 2008 .Sekitar jam 10 pagi semua guru dan pelajar yang dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan tadarus bergerak di bilik-bilik tertentu untuk tadarus quran kubra beramai-ramai dengan setiap kmpulan diperuntukkan juzuk dan surah tertentu .
Jam 11 pagi semua warga mozac berkumpul di dewan sekolah untuk acara khatam alquran , diikuti ucapan hari raya dari wakil pelajar, wakil guru dan pengetua sekolah sebelum persembahan multimidia pelajar .
Penyampaian duit raya dari sumbangan Alumni Mozac dan koperasi sekolah untuk 64 pelajar projek khas da, yatim dan miskin disampaikan oleh GPK Koku Tn Hj A. Bakar .Tuan pengetua memberikan sumbangan untuk 20 imam terawih sepanjang bulan Ramadan . Sebelum bersurai semua warga Mozac berjemaah solat zohor diimamkan oleh tuan pengetua sendiri diikuti majlis salam jama'i guru dan pelajar bermaafan sempena kehadiran Aidil fitri.
Semua pelajar mula meninggalkan asrama bermula jam 2 petang untuk cuti panjang raya sehingga hari ahad 21 oktober 2007 .

No comments: