Pages

Saturday, October 6, 2007

Majlis berbuka alumni Moz@c

Majlis berbuka puasa bersama sekumpulan bekas pelajar Mozac di adakan petang ini di dewan makan sekolah yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sekolah, pelajar dan guru dengan Alumninya.
Antara pengisian majlis adalah solat maghrib, bacaan yassin dan tahlil untuk aruah guru , solat terawih, dan witir. Acara diteruskan dengan ucapan yang dipertua Alumni En Rafie yang kemudiannya menyerahkan bantuan duit raya untuk 64 pelajar projek khas dan yatim juga miskin pelajar sekolah melalui GPK 1.
Kehadiran bekas pelajar ini membawa erti besar untuk warga mozac dalam mengimbau kembali nostalgia lampau disamping menyuntik semangat baru kepada pelajar semasa untuk terus menyayangi dan meneruskan kecemerlangan sekolah ini.Terima kasih dan tahniah atas usaha bekas Alumni sekolah ini dan juga yang dipertua PIBG yang turut serta dalam majlis tersebut, semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang ...insyaallah.

No comments: