Saudara-saudariku yang dihormati :
Inilah secebis coretan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan ini… semoga Allah menyelamatkan kita dengan dijuruskan diri-diri kita kepada petunjuk yang benar dan jalan yang diredhaiNya, serta dijauhkan kita dari kesalahan yang menjurus kepada kebinasaan dan kesesatan.
Marilah sama-sama kita menyelami kata-kata ini :
Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa di bulan Rejab,
Sehingga menderhakai Tuhannya di bulan Sya’aban,
Telah datang kepadamu bulan puasa selepas keduanya,
Janganlah jadinya juga bulan kederhakaan,
Bacalah al-Quran dan bertasbihlah padanya, dengan sungguh,
Kerana ia bulan tasbih dan bulan al Quran,
Ramai mana yang kamu kenal orang terdahulu yang telah berpuasa,
Antara keluargamu, jiran tetangga dan sahabat handai,
Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup,
Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.
Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramdhan… bantulah kami di dalam mengerjakan puasa, qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan-bulan yang lain, teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMu sehingga kami menemuiMu. Engkalah yang maha mendengar lagi maha menyahut do’a-do’a kami.
No comments:
Post a Comment