Pages

Thursday, July 26, 2007

Karnival dan perkhemahan







Hari Sabtu 28 haribulan adalah hari persekolahan ganti untuk Hari Raya Puasa mengikut jadual hari Jumaat.Bermula dari petang 27 hb Julai hari jumaat sehingga Ahad 29 Julai seramai 90 pemimpin dan ahli pasukan beruniform sekolah akan mengikuti perkhemahan tahunan pasukan beruniform Moz@c bertempat di Tropical Farm Sungai Udang Melaka . Pengisian acara adalah berkhemah, sukan, jasmani, kembara , kepimpinan dsb anjuran unit kokurikulum sekolah. Pada hari Sabtu juga bermula dari jam 0800 pagi bertempat dipersekitaran sekolah diadakan Mathematics and Science Carnival bertemakan "Mathematics is fun , science is fantastic".Antara acara yang dijalankan adalah pameran ilmu Falak dan astronomi, ceramah pemakanan sihat , aktiviti hands on pertandingan egg drop, pameran dan aktiviti panitia di dewan sekolah .
Sementara itu pertemuan antara pentadbir sekolah dengan ibubapa pelajar tingkatan lima diadakan di bilik gerakan untuk menjejaki prestasi akademik peljar tertentu yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti.

No comments: