Pages

Monday, June 11, 2007

Semester Baru .

Selamat kembali bersekolah untuk semester kedua .Semester baru ini pelajar mendapat sajian baru dari pertukaran kontraktor makanan yang baru dan jumlah sajian harian RM10.30 berbanding RM 6.50 sebelum ini. Minum petang diwujudkan semula . Dewan makan dan dewan sekolah kembali ceria dengan warna baru. Semester ini bakal menyaksikan persiapan yang lebih rapi untuk PMR dan SPM yang akan menjelang tiba. Disamping itu pelajar-pelajar lain juga akan sibuk memberi tumpuan khusus kepada kegiatan akademik .Tahniah juga kepada pencatur sekolah yang memenangi johan kebangsaan acara individu semasa cuti persekolahan yang baru lalu.

No comments: