Pages

Tuesday, June 26, 2007

Minggu bahasa dan budi bahasa




Perhimpunan mingguan pagi ini diisi dengan pelancaran minggu Bahasa dan minggu budi bahasa olih pengetua . Antara aturcara majlis yang bermula pada jam 0730 pagi ialah persembahan sketsa dari unit bahasa jepun , bahasa Perancis, nyanyian dari kumpulan Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab .Acara diteruskan dengan sketsa menarik dari unit Bahasa Inggeris dikuti dengan persembahan multimidia pantun dan sajak dari unit bahasa melayu juga aktiviti robotik. Selepas itu majlis diteruskan dengan perasmian RED Tunnel yang dikhususkan untuk aktiviti PPSMI dan mengembangkan penggunaan bahasa inggeris dikalangan pelajar .Tahniah diucapkan untuk panitia Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu serta guru-guru bahasa antarabangsa dengan GKMPnya Tn Hj Hassim yang merancang semua program sepanjang minggu ini . Hari ini juga menyaksikan pelajar mempamerkan kreativiti masing-masing dengan mempamerkan dibaju masing-masing denagn tema-tema sains dan teknologi.

No comments: