Nanyang Girls' High School, Singapura mengadakan lawatan ke MOZAC buat tahun kelima. Oleh kerana peperiksaan SPM sedang berlangsung, aktiviti bersama pelajar MOZAC telah diadakan di Kg Bukit Bayan, Bkt Katil Melaka. Pada kali ini, NGHS membawa 100 orang pelajar Sec 1 diiringi oleh 6 orang guru. Antara aktiviti yang diadakan ialah demonstrasi membuat kuih ros, kuih sepit, dodol oleh penduduk Kg Bukit Bayan. Para pelajar NGHS juga berpeluang melawat kebun, rumah tradisional dan Rumah Melaka. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 MOZAC menjadi jurupandu dan jurucakap sepanjang program tersebut.
|
Sambutan Bunga Manggar & Bunga Telur |
|
Mencuba membuat cendol |
|
Lawatan & Penerangan tentang Masjid & fungsinya |
|
Lawatan ke kebun, ayam pun jadi tarikan |
|
Mencuba buah belimbing di kebun Tn Hj Hassim |
|
Lawatan ke Rumah Melaka |
Pertama kali menziarahi masjid
Demonstrasi & penerangan tentang kuih ros
No comments:
Post a Comment