Pages

Showing posts with label Penandaaras. Show all posts
Showing posts with label Penandaaras. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Lawatan Penandaaras dan Program Immersion

1. Lawatan penanda aras dan perkongsian program pt3 SMA Imtiaz Melaka dan Mozac
Tarikh : 16 Jun 2016
Tempat: Bilik Kaunseling
5 org guru dr Imtiaz berkongsi ilmu dgn Penyelaras Ting 3, Pn.Hawa Naqiah Makmor


2. Program Immersion SBPI Selandar ke MOZAC pada 14-17 Jun 2016



3. Program immersion STJ ke Mozac dari 19- 24 Jun 2016 - 18 org pelajar perempuan STJ



Saturday, January 31, 2015

Lawatan Penandarasan SBT

MOZAC menerima lawatan penandarasan SBT dari Sekolah SMK Engku Aminah Johor Bahru pada 30 Januari 2015


Wednesday, September 3, 2014

Aktiviti minggu terakhir bulan Ogos

1. Lawatan Pengetua , GPK dan guru2 Sek. Men Sains Sultan Muhammad Jiwa Sg Petani Kedah


2. Program Kerjaya Dalam Bidang Perbankan" Moving Ahead With CIMB" bersama pelajar tingkatan 4


3. Ceramah Kemenangan Gaza di SMK Sains Muzaffar Shah (Mozac) Melaka pada 28 Ogos 2014.. 600 pelajar asrama menjadi pendengarnya. Perkongsian oleh Saudara Zairi Suboh. Kutipan RM2000 Alhamdulillah. Tahniah semua..



Friday, May 30, 2014

Sebuah lagi sekolah dari Singapura iaitu Yuan Ching Secondary School, Singapore telah membuat lawatan dan mengadakan program dengan para pelajar MOZAC pada 27 Mei 2017 . Sekolah ini merupakan sekolah kelima dari Singapura yang telah mengadakan progam bersama MOZAC bagi menambah jaringan program pengantarabangsaan sekolah. 











Lawatan Penanda aras dari Sek. Men Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu &

1. Lawatan penanda aras Sek. Men Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu pada 23.5.14 .Seramai
T66 org pelajar (f5) dan 6 org guru dari Imtiaz dan 20 org Pelajar Ting. 5 MOZAC terlibat iaitu PRS, BADRI dan pengawas.
 




2. Lawatan Penanda Aras Sek Men Kebangsaan (P)Sultan Ibrahim pada 26 Mei 2012


Thursday, July 21, 2011

Lawatan Penandaarasan MRSM TUMPAT

Seramai 18 orang guru-guru MRSM Tumpat Kelantan telah membuat penandaarasan MOZAC pada 20 Julai 2011 jam 9.15 malam. Mereka telah disambuat oleh PK Pentadbiran, GKMP,Kaunselor dan SU SBT dan diberi taklimat tentang sekolah dan kedua-dua sekolah telah berkongsi pengalaman dalam hal-hal pendidikan.Lawatan ini telah berakhir pada jam 11.30 malam selepas satu jamuan diadakan.

Tuesday, June 7, 2011

Lawatan Penanda Aras SASER

Pada 6 Jun 2011 hari, Isnin seramai 13 orang yang terdiri dari Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan 11 orang guru Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) telah membuat Lawatan Penandaarasan tentang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).Rombongan telah diberi taklimat berkenaan SBT oleh Penolong Kanan Pentadbiran Cik Rosnah Osman dan Pn Hjh Saripah Ahmad, setiausaha SBT MOZAC.Untuk makluman SASER telah di iktiraf sebagai SBT pada kohort 3 yang lepas.Seluruh Warga Mozac mengucapkan selamat datang.Semoga dengan lawatan penandaarasan dan perkongsian SBT ini akan mencemerlangkan lagi kedua-dua sekolah.

Saturday, May 21, 2011

Lawatan Penanda Aras SMK DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN JOHOR BAHRU










Lawatan pada 21 Mei 2011 melibatkan seramai 87 orang guru dari SMK Dato'Abdul Rahman Yassin, Jalan Pengangkutan, 81200, Johor Bahru telah sampai Ke MOZAC mulai jam 11.15 pagi.Seluruh Warga Mozac mengucapkan Selamat Datang kepada warga SMK Dato Abdul Rahman Yassin.
KAPAL DAGANG DARI SEBERANG
PENUH MUATAN SIKAYU JATI
DARI JAUH TUAN/PUAN DATANG
KAMI DI MOZAC SEDIA MENANTI

Lawatan Penanda Aras SMK ZAINAB2 Kelantan


Lawatan Penandaarasan telah diadakan pada ketetapan berikut
Tarikh : 20 Mei 2011
Tema : Perkongsian Sekolah SBT
Bilangan Guru : 40 Orang Guru termasuk Pengetua
Masa : 9.00 - 1.00 Tgh

Seluruh warga Mozac mengucapkan Selamat Datang

Friday, October 22, 2010

Lawatan Penandarasan Peserta NPQEL Kohort 3

Pihak sekolah mengalu - alukan kedatangan 44 orang peserta peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Kohort 3 dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands beserta 2 orang pensyarah ke MOZAC. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan, kurikulum, ko kurikulum, HEM dan hubungan kerjasama dengan agensi luar.

Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan si kayu jati
Kami ucapkan selamat datang
Semoga tuan berpuas hati

Thursday, May 13, 2010

Lawatan Dari SMK Ghaffar Baba

Seramai 8 Orang guru SMK Ghaffar Baba iaitu salah satu sekolah kluster di Malaka telah mengadakan lawatan penandaaras sekolah. Sekolah ini telah diberi taklimat tentang sekolah dan kebitaraan sekolah dalam bidang ICT.Sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada rombongan dan diharapkan perkongsian ilmu yang telah diberi akan dapat memberi manaafat untuk kecemerlanagan pendidikan di Malaysia.

Monday, April 19, 2010

Lawatan Guru dan Pelajar SMK Puteri Negeri Sembilan dan SMK Senawang

Kedua -dua sekolah telah mengadakan lawatan penandaarasan pada hari sabtu 17.4.2010. Lawatan SMK Senawang adalah untuk bertukar-tukar pengalaman antara pengawas sekolah
Lawatan dimulakan seawal jam 9.00 pagi. Pelajar dan guru telah di sambut oleh pengawas sekolah dan SMK Puteri Negeri Sembilan telah disambut oleh guru-guru kerana lawatan adalah untuk meninjau kebitaraan sekolah.

Wednesday, March 24, 2010

Lawatan Penanda Aras


Pada hari ini 23.03.2010 Sekolah telah dikunjungi oleh pelajar -pelajar dan Guru-guru
SMK Pedas Negeri Sembilan.Pelawat telah disambut oleh barisan pentadbir dan diberi taklimat tentang halehwal sekolah.

Thursday, January 14, 2010

Lawatan Penanda Aras

Pada hari ini sekolah dilawati oleh Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Warga MOZAC mengucapkan Selamat Datang. Semoga perkongsian bijak ini akan dapat diteruskan dan bermanfaat untuk kedua-dua belah pihak.

Kapal Dagang dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari Jauh Tuan Datang
Kami di MOZAC Sedia Menanti

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT DATANG ASIS

Selamat Datang kepada Barisan Pentadbir dan warden SM Sains Alam Shah ke Sekolah Menengah Sains Muzaffars Syah.

KAPAL DAGANG DARI SEBERANG
PENUH MUATAN KAYU MERANTI
DARI JAUH TUAN DATANG
KAMI DI MELAKA SEDIA MENANTI

Sunday, July 19, 2009

Lawatan ke SainsKu



Buat tahun kedua, seramai 11 orang guru telah dipilih untuk lawatan ke SMS Kuching (SainsKu).Guru - guru MOZAC telah mengadakan bengkel untuk para pelajar disana disamping bertukar - tukar fikiran dengan guru - guru disana. Peluang ini juga telah diambil untuk meninjau asrama SMS Kuching yang telah diiktiraf sebagai Asrama Terbilang sempena HKSBP baru baru ini.Sekalung penghargaan buat "Sister School MOZAC" dan diharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Thursday, July 19, 2007

Lawatan penanda aras sekolah berasrama


Sekumpulan pengetua daripada daerah Segamat Johor seramai 23 orang yang berkursus di Melaka mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah ini pada tarikh 19 Julai bermula jam 0930 pagi .Lawatan ini menjadi sebahagian dari aturcara Kursus Pengetua-pengetua Daerah Segamat di Melaka dari tarikh 17.07.2007 hingga 19.07.2007. Pengisian lawatan adalah taklimat , dialog dan lawatan persekitaran sekolah .