Pages

Showing posts with label Alumni. Show all posts
Showing posts with label Alumni. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

Berita Alumni

1. Timbalan YDP Alumni, En. Mohd Hashim bin Zainal Abidin pada hari ini menyampaikan sumbangan Alumni kepada Tabung Hasanah sekolah. Terimakasih diucapkan kepada Alumni MOZAC yg prihatin.Turut hadir dlm majlis tersebut En. Halim Hussin.





2. Mesyuarat koordinasi antara Alumni Mozac dan pihak Mozac berkenaan sambutan MOZAC 40 TAHUN yg dijangka diadakan pada 9 April 2016.
Alhamdulillah, mesyuarat yg diketuai oleh Hashim Zainal berjalan lancar dan diharap semua perancangan diperkenankanNYA.
Kredit FB Alumni MOZAC






Saturday, January 16, 2016

Program Alumni & Pelajar Projek Khas

Program Alumni bersama pelajar - pelajar projek khas pada 16 Januari 2016. Terimakasih dan tahniah di atas komitmen dan kerjasama terhadap sekolah




Saturday, March 21, 2015

Projek Mural MOZAC 86

Warga MOZAC mengucapkan Terimakasih , syabas dan tahniah kepada Mozac86 khasnya kepada krew pelukis mural yg diterajui oleh Prof Rafi, Prof Mohammad Lutfi Othman dan En Mahazan dengan dibantu oleh En Mohd Rizal Isnin, En Hamdan, En Zainal Abidin, En Shahrin Abidin, En Redza Abusadin, En Maidin Madon, Puan Faizah Bazid, Puan Azlawati Mohd Jamil, Puan Mariati, dan lain2 dalam menjayakan projek yg julung2 kali ini. Semoga dengan initiatif ini memberikan sumbangan bermakna bagi mengangkat MOZAC sebagai mercu tanda pusat kecemerlangan ilmu serta jati diri bangsa dan agama dalam melahirkan tokoh2 ilmuan, ekonomi, politik dan kemasyarakatan terbilang di dalam negara dan seluruh dunia......Sumber: MOZAC 86 OFFICIAL PAGE






Friday, May 30, 2014

Program Pelajar Tingkatan 5

Dua Program Pelajar Tingkatan 5 telah diadakan usai Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi menyuntik semangat agar lebih cemerlang.

1. Sesi perkongsian antara pelajar pelajar tingkatan 5 dengan pelajar eX-MOZAC tahun 1977 - 1981.P erkongsian Laluan kerjaya di adakan pada 24 Mei 2014 di Dewan Sultan Muzaffar Syah . Satu program yang sangat bermanafat untuk pelajar. Diucapkan jutaan terima.kasih kepada Alumni MOZAC yang membawa program ini.





2. Pelajar Tingkatan 5 menyertai interview Petronas Di Polaris Alam didalam Program DiscoverPetronas@Scholl


Friday, April 25, 2014

Treasure Hunt Jejak Warisan

MOZAC menghantar wakil untuk Treasure Hunt Jejak Warisan anjuran Alumni MOZAC sebagai tanda sokongan warga MOZAC kepada alumni. Alhamdulillah mereka berjaya menghabiskan semua cabaran dgn 220 km selama 7 jam dan mendapat tempat ke 28. Tahniah 





Sunday, April 6, 2014

Sirih pulang ke gagang

Batch 77 -81 kembali ke sekolah pada 29 Mac 2014 dan membuat beberapa program bersama Alumni MOZAC . Pertemuan ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini. Diharapkan lebih ramai bekas pelajar dapat kembali ke sekolah dan memberi sumbangan bagi melestarikan kecemerlangan MOZAC.