Pages

Friday, October 28, 2011

Malam Anugerah Muzaffar 2011


Pada hari ini 28 Oktober 2011,para pelajar tingkatan 5 diraikan dalam satu majlis iaitu Malam Anugerah Muzaffar 2011yang dahulunya dikenali sebagai Malam Seribu Bintang. Tetamu kehormat pada malam ini ialah YB Datuk Md Sirat bin Abu, ahli parlimen kawasan Bukit Katil, Melaka yang telah bermurah hati menyumbangkan sebanyak RM 10,000 kepada MOZAC. Walaupun hujan turun dengan agak lebat selepas perarakan masuk para pelajar tingkatan 5,majlis berlangsung meriah dengan persembahan pelajar dan anugerah - anugerah yang disampaikan. Anugerah Bintang Muzaffar pada tahun ini dirangkul oleh Alia Anin Azwa b. Bakri. Pelajar Contoh Putera telah di anugerahkan kepada Amirul Asyraf b. Roslan manakala Pelajar Contoh Puteri dimenangi oleh Fatin Fazira Cik Daud. Manakala Anugerah Khas MOZAC telah dimenangi oleh Erick Naim. Berikut adalah keputusan anugerah - anugerah lain:

1. Anugerah Kelas Terbaik program NILAM - Kelas 1 Alpha
2. AnugerahTokoh Nilam 2011 - Muhammad Afiq b. Zulkifli
3. Anugerah Kelas Terbaik Men. Rendah - Kelas 3 Alpha
4. Anugerah Kelas Terbaik Men. Atas - Kelas 5 Omega
5. Anugerah Dorm Asrama Putera Terbaik - Dorm 1A3
6. Anugerah Dorm Asrama Puteri Terbaik - Dorm C
7. Penyumbang Markah Terbanyak Rumah:
Bendahara - Muhammad Faqih Jaafar
Temenggung - Muhd Ihsan Abd Wahab
Syahbandar - Adlina Rahim
Laksamana - Fatin Fazira Cik Daud
8. Anugerah Rumah Terbaik Kategori:
Akademik - Temenggung
Kokurikulum - Laksamana
3K - Bendahara
Displin/Sahsiah - Temenggung
9. Anugerah Rumah Sukan Terbaik Keseluruhan - Rumah Bendahara (kali keenam berturut - turut semenjak 2006)

Pada malam ini juga telah disampaikan keputusan dan hadiah pertandingan asrama terbilang peringkat sekolah. Tahniah di ucapkan kepada semua.


F1 in Schools Competition (South Zone) 2011



Pertandingan F1 in Schools Competition (South Zone) 2011 telah diadakan di Ayer Keroh DVillage pada 23 - 25 Oktober 2011. MOZAC menghantar 2 buah pasukan ke pertandingan tersebut di bawah bimbingan Pn Norazlina Senin dan En. Lee Hong Chin. Sebanyak 14 buah pasukan telah bertanding dan MOZAC memenangi 2 anugerah dalam pertandingan tersebut iaitu tempat ke dua keseluruhan dan Best Marketing & Sponsorhip Award
Pemenang tempat kedua keseluruhan yang diwakili oleh:
1. Adham Kamil b. Amir
2. Amir Hakim b. Azali
3. Ng Thiam Thet
4. Mohamad Asyraf b. Osman



Pemenang Best Marketing & Sponsorhip Award yang di wakili oleh
1. Pang Chen Hooi
2. Ling Chin Han
3. Saiful Anuar
4. Abdul Hadi

Tahniah diucapkan kepada pasukan F1 sekolah dan diharap akan lebih berjaya di peringkat kebangsaan nanti

Monday, October 24, 2011

Team Teaching & Peperiksaan Akhir Tahun



MOZAC mengadakan satu lagi program untuk para pelajar tingkatan 5 pada tahun ini. Pendekatan team - teaching dilaksanakan dimana semua guru matapelajaran tingkatan 5 terlibat dalam P&P matapelajaran tersebut dalam waktu yang diperuntukan. Setiap panitia mendapat 3-4 jam sehari bersama - sama para pelajar tingkatan 5. Dengan kaedah ini, para pelajar mendapat tumpuan yang lebih dari guru - guru kerana terdapat 2-4 guru dalam setiap kelas pada setiap waktu. Diharapkan pendekatan ini akan berjaya melonjakkan kecemerlangan para pelajar dalam SPM 2011. Kaedah team - teaching ini diadakan selama 2 minggu bermula pada 17 - 28 Oktober 2011 sebelum semua pelajar tingkatan 5 dibawa ke Tiara Beach Resort untuk program Pecutan Aknir selama 4 hari 3 malam di sana.



Sementara itu, para pelajar tingkatan 1,2 dan 4 pula menjalani peperiksaan akhir tahun yang bermula dari 17 Oktober 2011 (Ting. 4) sehinga 30 Oktober 2011. Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua.

Hari Kokurikulum 2011

MOZAC telah mengadakan Hari Kokurikulum 2011 pada 15 Oktober 2011 yang dirasmikan oleh Yang Di Pertua Alumni, Encik Ali bin Kasimin. Bermula dengan pertandingan kawad kaki antara pasukan beruniform, pameran serta gerai jualan, hari Kokurikulum telah di jayakan dengan meriah oleh semua guru dan pelajar MOZAC. Kemuncak Hari Ko kurikulum ialah penganugerahan Tokok Kokurikulum 2011, yang telah dianugerahkan kepada Alia Anin Azwa Bakri yang telah mengharumkan nama sekolah dan negara sehingga ke peringkat antarabangsa dalam permainan catur. Selain daripada itu, semua pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang kokurikulum/koakademik juga telah diraikan beserta dengan penerima warna penuh dan separuh. Berikut adalah senarai anugerah utama kokurikulum 2011:

1. Tokoh Kokurikulum : Alia Anin Azwa bt Bakri - Catur
2. Persatuan/Kelab Terbaik: Persatuan Rekacipta & Robotik
3. Kelab Permainan Terbaik: Kelab Hoki
4. Johan Pertandingan Kawad Kaki: PKBM

Tahniah diucapkan kepada semua.