Pages

Saturday, October 13, 2012

Majlis Pecah Tanah Bangunan Asrama Baru oleh Ketua Menteri Melaka

Pada 12 Oktober 2012, satu majlis pecah tanah untuk bangunan asrama baru telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Pembinaan bangunan ibi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Pembinaan bangunan bernilai RM 3 juta ini dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka. Y.A.B Ketua Menteri Melaka berharap dengan pembinaan bangunan baru ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar khasnya anak - anak negeri Melaka untuk belajar di sekolah ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah BPSBPSK, pegawai - pegawai JPN Melaka, PPD Melaka Tengah, JKR, Alumni MOZAC, pengetua sekolah - sekolah berhampiran, guru - guru dan pelajar - pelajar MOZAC.
Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.





Thursday, October 11, 2012

Lawatan Kerja Kenaziran Brunei Darulsalam

Hari ini Khamis 11 Oktober 2012sekolah akan dilawati oleh Pegawai-pegawai Kenaziran Negara Brunei Darulsalam . Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua Kementerian Pendidikan , disamping dapat berkongsi mengenai instrumen penilaian baru Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Lawatan tersebut juga bertujuan mengetahui lebih dekat ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi
Selamat Datang diucapkan.

Wednesday, October 10, 2012

Pemantauan JUSA C Pengetua


Hari ini 10 Oktober 2012 , ayahanda pengetua dipantau untuk kenaikan pangkat JUSA C oleh enam orang pegawai Kementerian Pelajaran . Seluruh warga MOZAC mendoakan agar beliau  beroleh kejayaan.

Di kesempatan ini juga pengarah BPSBPSK telah berjumpa dengan 15 orang pelajar MOZAC yang ditargetkan untuk mendapat 9A+ dalam SPM 2012

Tuesday, October 9, 2012

Breakfast Talk with YA Bhg Tun Dr. Mahathir Muhammad

Majlis tersebut telah berlangsung pada 8 Oktober 2012 di Hotel Equatorial, Melaka. Majlis anjuran alumni MOZAC batch tahun 82-86 turut dihadiri oleh bekas - belas pelajar, bekas - belas guru, para guru dan kumpulan koir dibawah pimpinan En. Hasifian.  Tajuk Breakfast Talk with Tun M ialah - Malay and Education - its relevance to leadership dengan moderatornya  Prof  Dr. Hamidin Abdul Hamid. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.



PMR 2012

Mulai hari ini 9 Oktober sehingga 15 Oktober, para pelajar tingkatan 3 menduduki PMR 2012. Seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Berjaya kepada kesemua 125 orang pelajar MOZAC dengan iringan doa agar semuanya akan berjaya dengan cemerlang.  Kamu E-X, kamu AWESOME!...good luck and all the best!




Sunday, October 7, 2012

Gazebo Baru

Atas hasil usaha pelajar tingkatan 5 2012 melalui program Panca D' Lima, mereka telah dapat menghadiahkan 2 buah gazebo untuk sekolah. Puan Saripah Ahmad, yang mendapat pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang GKC baru - baru ini turut menyumbang. Terimakasih diucapkan kepada beliau dan batch Xtrovia 08 - 12