Pages

Sunday, July 8, 2012

Suka Duka @ MOZAC

Sebelum Jun melabuhkan tirai, warga MOZAC menerima khabar duka iaitu Muhammad Idham Azlan (3 Omega) telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2012. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan semua warga MOZAC mendoakan agar beliau ditempatkan bersama - sama orang yang beriman. Dengan pemergian beliau batch PMR 2012 kini tinggal 125 orang. Semoga rakan - rakan Enginerie X taba
h menghadapi dugaan ini dan menjadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Al fatihah untuk arwah Muhammad Idham Azlan.
Di dalam kesedihan dengan berita pemergian rakan seperjuangan, para pelajar PMR 2012 tetap meneruskan program immersion yang telah dirancang bersama Sekolah Menengah Sains Selangor. Manakala para pelajar SPM pula telah bersama - sama dengan para pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Semoga setiap pelajar dapat manfaat dari program yang dirancang
MOZAC juga telah mengadakan ujian tara selama 2 hari dimana para pelajar dari semua rumah sukan telah beradu tenaga untuk menyumbangkan markah untuk rumah masing - masing.

No comments: