Pages

Sambutan Hari Guru 2016

GURU OH GURU*
_Dedikasi khas buat insan yang bernama guru_
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi;
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala;
Untuk manysia sebelum jadi dewasa,
Dialah ibu, dialah bapa....juga sahabat;
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat;
Seribu tahun kata2nya menjadi hikmat,
_Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa_
_Jika hari ini seorang raja menaiki takhta_
_Jija har ini seorang presiden sebuah negara_
_Jika hari ini seorang ulama yang mulia_
_Jika hari ini seorang peguam menang bicara_
_Jika hari ini penulis terkemuka_
_Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa_
Sejarahnya dimulai dengan guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca,
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya;
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu;
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa;
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apapun pada akhir hidupmu...guruku;
Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat *"CIKGU"* kekal terpahat;
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan: Usman Awang 1979.
*Selamat menyambut hari guru pada 16hb Mei 2016* kepada semua insan yang dipanggil guru...








0 comments: